SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI IDRBSM...

WAHAI SAUDARAKU..KITA PUNYA DARAH YANG SAMA...JUA NEGARA YANG SAMA..MINAT JUGA SAMA..JADI DIMANAKAH KITA SATUKAN SEMUA ITU?
"PENAT LELAH USAH DIHIRAU..BANGUN LANTAS RATAH LAWANMU..PERSIS SANG HARIMAU MENGAUM GARANG!! AYUH JERITKAN AMUKAN HARIMAU..DEMI NEGARA, TANAH TUMPAH DARAHKU. DEMI GEMPITA PENYOKONG TEGARMU...BERPAKSIKAN SEMANGAT MELAWAN SANG HARIMAU MALAYA!!.."

Rabu, 27 Julai 2011

pertembungan antara hidup dan mati

IDRBSM kembali lagi..

        Kali ini aku akan menulis perlawanan jiran setempat/pertemuan klasik antara Harimau Malaya(Malaysia) dan Singa(Singapura)..seperti yang kita tahu pada perlawanan pertama kita telah menyaksikan perlawanan yang penuh dramatik di antara kedua-dua pasukan. Perlawanan tersebut berkesudahan 5-3 dan telah dimenangi oleh pasukan singapura..Kita perlu akui kerapuhan dan kegoyahan pemain dari pertahanan Malaysia sendiri telah menyebabkan kita bolos 5 gol di tempat lawan..tapi sedikit melegakan bahawa kita dapat membawa pulang 3 gol..walaupun pada separuh pertama pasukan kita telah dibolosi sebanyak 4 gol namun pada masa kedua pasukan kita mula menunjukkan taringnya dan kukunya..dalam xsampai tempoh 5 minit kita dapat menjaringkan dua gol menerusi safee sali dan hadi..namun sekali lagi kealpaan benteng pertahanan kita menghukum skuad negara kita..pada minit ke 80 pemain asli singapura telah menjarakkan kedudukan pada 5-3.

Jumaat, 15 Julai 2011

Drama Bola Sepak Malaysia : Semangat Yang Hilang

IDRBSM menulis..

         Salam semua..bertemu kita lagi dalam ruangan celoteh IDRBSM ni..Aku rasa korang semua tahu isu apa aku nak ulas pada minggu ni..ahaha..sebelum tu..artikel ni ditulis bukan untuk memprovoke atau mengapi -apikan sesiapa..ini hanya sebagai nasihat untuk kita semua. Sebelum tu, aku mengaku..dulunya. aku adalah  KIPASSUSAHMATI Manchester United..ye MUFC!..aku sanggup bergaduh kalau pasal MUFC ni. Ikhlas aku cakap..aku dulu adalah segelintir manusia yang kononnya beribu negarakan london yang duduk di Manchester BerIC biru ni..tapi akhirnya aku tersedar dari lamunan aku sendiri..aku orang Malaysia..tinggal di negeri pahlawan MAT KILAU..kenapa perlu aku fanatik sangat sampai mengalahkan orang manchester itu sendiri. Panjang ceritanya kalau nak cerita pasal keinsafan aku ni..tak perlu lah aku cerita..cukuplah sekadar mengatakan bahawa aku sudah sedar dengan kesilapan lalu..aku membawa nama MALAYSIA dimana - mana sahaja aku pergi, tapi tindakan aku dulunya, seakan - akan membelakangkan negara aku sendiri.

Jumaat, 8 Julai 2011

RANJAU DAN LIKU - LIKU HARIMAU YANG DULUNYA LUKA....

IDRBSM menulis...


Assalamualaikum...

       Seperti yang kita tahu skuad olimpik kita atau dikenali sebagai Harimau Muda A telah pun berjaya menjejakkan kaki ke pusingan ketiga setelah hampir berpuluh tahun kita mencuba..Kita tidak boleh menafikan bahawa bola sepak kita sedang mengalami peningkatan setelah berbelas-belas tahun kita meraba-raba dalam kegelapan. Kini sinar baru yang telah dicetuskan oleh skuad olimpik kita sedikit sebanyak telah menandakan kebangkitan bola sepak Malaysia. Ia seakan - akan mimpi, tetapi itulah realiti. Jatuh bangun, merangkaknya pasukan kita di persada antarabnagsa sekrang seakan - akan menjadi satu fenomena di seluruh pelosok MALAYSIA bukan? Terlalu banyak faktor yang menyebabkan bola sepak Malaysia jatuh antaranya rasuah, kroni dan pelbagai lagi..ahh kalau hendak diceritakan memang xcukup la artikel ni. Perkara yang lepas tidak perlu kita ungkitkan lagi. Perjuangan mesti kita teruskan. Anggaplah apa yang terjadi sebagai pengajaran kepada dunia bola sepak kita agar peristiwa yang sama tidak akan berlaku lagi.

Jumaat, 1 Julai 2011

INFO: 11 Pemain Asia Yang Patut Dilayakkan Ke Eropah Buat Masa Ini

IDRBSM menulis..

Assalamualaikum...

        Kali ni, SkY ingin berkongsi satu fakta menarik dengan anda semua...Sebagai benua terbesar yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai, Asia tentu menyimpan bakat-bakat bolasepak yang hebat. ESPNsoccernet mencuba untuk meramalkan siapa saja yang mampu bersinar atau setidaknya cukup bagus untuk beraksi di Liga Eropah. Ada seorang pemain Indonesia & pasukan Malaysia juga semakin menampakkan peningkatan prestasi mereka yang dikatakan bermulanya episod permulaan untuk menjadi salah satu gergasi di Asia untuk beberapa tahun yang akan datang. Berikut antara senarai di dalaman.

Dunia Bolasepak Malaysia : Antara Pecinta Dan Petualang Negara

IDRBSM Menulis:

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

       Kita sepatutnya memandang tinggi komitimen dan kesungguhan yang diberi oleh setiap pemain dan seluruh warga Malaysia yang terlibat dalam memajukan sukan bolasepak Malaysia. Apa yang kita ada hari ini bukanlah sesuatu yang datang bergolek, ia datang dengan penuh perit jerih dan berbekalkan iltizam untuk menempatkan diri dalam satu kelompok yang disegani. Sikap tidak berterima kasih memang kadang - kala agak menjanggalkan dalam sesetengah orang yang tidak mempunyainya. Hanya tahu bersuara dan bersuara tapi dimanakah tindakannya? bukankah mereka juga punya 2 kaki, dan tulang yang sama dengan mereka? jangan hanya tahu menggunakan lidah sahaja...

Rasuah Bola Sepak: Mengapa Harus Kembali?

IDRBSM Menulis:

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

        RASUAH? apakah ia?  berbahayakah ia? dan betapa durjananya rasuah ini dalam kehidupan kita? malah bisa menggangu - gugat sukan nombor satu kita iaitu bolasepak! satu gejala ketamakan dan kerakusan pada satu entiti digelarkan "wang" ini sudah pernah menjadi memori luka buat bolasepak harimau malaya..Tidak puaskah ia? ya! ianya tidak akan puas selagi wujud orang - orang yang mementingkan duit dari maruahnya.....Salah siapakah? saling tuding menuding jari tidak menyelesaikan masalah..dan sekarang ianya sudah bermula..masih baru,  masih hijau..dan apakah tindakan kita??

SUKA DAN DUKA PAGE INFO DAN RANKING BOLASEPAK MALAYSIA..

ASSALAMUALAIKUM.....

         Wah! Wah! =.="..Maaf ye mungkin agak sedikit teruja kerana ini adalah artikel pertama yang dihasilkan oleh blog rasmi IDRBSM!. Jadi sengaja SkY post pada hari ini berikutan dua perkara...Pertama, kerana hari ini adalah hari jumaat, berkat la sikit kan? hehe..moga usaha selama ini akan mendapat berkat dan keduanya adalah kerana semalam genap penubuhan page IDRBSM selama 8 bulan..=.=". Sedar tak sedar Malaysia pun sudah berentap dalam kelayakan piala dunia dan Olimpik..Jadi untuk menghormati rakan - rakan yang sekian lama berusaha keras untuk memajukan page supaya menjadi lebih profesional, SkY ingin berkongsi latar belakang sejarah terciptanya page IDRBSM dengan anda. SkY tulis dan "edit" sedikit nota dari Bos besar IDBRSM tentang sejarah penubuhannya..Meh kita layan..

PEMINAT BOLASEPAK?