SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI IDRBSM...

WAHAI SAUDARAKU..KITA PUNYA DARAH YANG SAMA...JUA NEGARA YANG SAMA..MINAT JUGA SAMA..JADI DIMANAKAH KITA SATUKAN SEMUA ITU?
"PENAT LELAH USAH DIHIRAU..BANGUN LANTAS RATAH LAWANMU..PERSIS SANG HARIMAU MENGAUM GARANG!! AYUH JERITKAN AMUKAN HARIMAU..DEMI NEGARA, TANAH TUMPAH DARAHKU. DEMI GEMPITA PENYOKONG TEGARMU...BERPAKSIKAN SEMANGAT MELAWAN SANG HARIMAU MALAYA!!.."

Jumaat, 1 Julai 2011

Dunia Bolasepak Malaysia : Antara Pecinta Dan Petualang Negara

IDRBSM Menulis:

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

       Kita sepatutnya memandang tinggi komitimen dan kesungguhan yang diberi oleh setiap pemain dan seluruh warga Malaysia yang terlibat dalam memajukan sukan bolasepak Malaysia. Apa yang kita ada hari ini bukanlah sesuatu yang datang bergolek, ia datang dengan penuh perit jerih dan berbekalkan iltizam untuk menempatkan diri dalam satu kelompok yang disegani. Sikap tidak berterima kasih memang kadang - kala agak menjanggalkan dalam sesetengah orang yang tidak mempunyainya. Hanya tahu bersuara dan bersuara tapi dimanakah tindakannya? bukankah mereka juga punya 2 kaki, dan tulang yang sama dengan mereka? jangan hanya tahu menggunakan lidah sahaja...


      Ya! Perjalanan kita masih jauh, masih banyak untuk kita buktikan pada dunia. Kita tidak terus berdiri untuk terus berlari namun kita bermula seperti mana setiap permulaan langkah manusia. Kita merangkak untuk mula bertatih, kita bertatih untuk mula berjalan, kita berjalan untuk mula berlari, dan untuk memenangi perlumbaan, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan..!

      Hari ini, apa yang dikesalkan segelintir warga Malaysia masih lagi memandang rendah kemampuan pasukan dan liga tempatan. Mereka menafikan kemenangan dan dikaitkan dengan perkataan N.A.S.I.B. Tidak terlintas dihati mereka untuk katakan sokongan setiap kejayaan yang dimiliki oleh Malaysia. Mereka tidak pernah terfikir untuk berubah dan tidak pernah untuk menjadi sebahagian semangat patriotik dan kebanggaan diri, mereka malu untuk hidup atas nama bolasepak Malaysia. Mereka idamkan untuk terus lahir ke dunia dengan bercopkan JUARA pada dahi mereka. Golongan ini terlupa yang mana pasukan terhebat didunia ini tidak terus lahir untuk terus berjaya. Manchester United, Arsenal, Liverpool, Bayern Munich, Chelsea, Brazil, England, dan Sepanyol contohnya kini sedang melalui pasang dan surutnya. Sejarah dunia juga membuktikan begitu, ada zaman gelap dan ada zaman kegemilangan.

         Malaysia pernah berada pada Zaman Emasnya di era 70an dan 80an. Nama Malaysia adalah sebaris dengan pasukan Asia lain seperti Jepun dan Korea. Kita pernah berada dalam kelompok di geruni Asia. Saat itu sokongan peminat begitu tinggi, dan tidak dapat digambarkan lagi kemeriahan bola sepak Malaysia ketika itu. Kesungguhan dan azam yang diberikan oleh setiap warga itulah yang membanggakan. Ini bukanlah gula-gula buat peminat untuk berkhayal tentang kejayaan lalu, namun berharap agar kita mengambil iktibar dan semangat untuk memajukan kembali bolasepak kita. Tanpa kita siapalah bolasepak kita. Siapa lagi yang ingin berdiri untuk bolasepak Malaysia jika bukan warganya? Sebagai warga Malaysia kita kini kembali kepada zaman kebangkitan, yang mana kita harus bersama membantu menaikkan kembali semangat dan menanamkan sikap sayangkan negara.

        Kami percaya jika diberikan pilihan pada pecinta Malaysia yang cintakan tanah air, pasti mereka akan mengalu-alukan dan mendepangkan seluasnya tangan secara terbuka untuk mereka yang sejenis ini meninggalkan bumi tercinta. Jadi pergilah mencari negara dan pasukan bola sepak kamu cintai, kami tidak menghalang jika anda bercita-cita untuk tinggalkan Malaysia. Kerana Mokhtar Dahari pernah berkata "IF YOU'RE ASHAMED TO STAND BY YOUR COLOURS, YOU BETTER SEEK FOR ANOTHER FLAG!!!

p/s Artikel ini telah ditulis oleh saudara Oktavov Hadji dan telah diolah semula sedikit untuk di re  -publish di blog IDRBSM

KENALI EDITOR :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog StOry PondOk KeciL. Anda boleh mengikuti beliau di Twitter atau di Facebook. Jika anda mempunyai soalan, boleh like page rasmi IDRBSM, IDRBSM OFFICAL PAGE.

8 ulasan:

PijO MyGeNkZ berkata...

Sokonglah bola sepak kita dengan ikhlas dan s0k0ng dgn tidak terbelah bagi..b0la sepak kita sapa lagi nak s0k0ng kalu bkn kita..malaysia boleh...

crunchira berkata...

Itulah die..aku paling menyampah bila org kutuk2 ni..kadang2 nak pangkah balik, org tua..asyik nk kata nasib je..xikot perkembangan bola langsung..patotnya masa ni mesti bagi kritikan yg membina...sbb diaorg tgh develop...doakan 1 lagi..Mintak jauh ngan Allah player2 kita ni terlibat dengan rasuah...hancur hati peminat nanti..

Unknown berkata...

kalah menang bukan ukuran..sokongan kita zaman berzaman....wlu kuat kita menjerit tuk pasukan lain..xkn sma emosi tuk negara sendiri...go malaysiaku...

EDITOR IDBRSM berkata...

@PijO MyGeNkZ

hehe..betul tuh pijo..xkan nk harap orang negara lain kot?? zz

EDITOR IDBRSM berkata...

@crunchira

hurm..setuju dgn pandangan anda...rasuah sememangnya boleh membunuh,..

EDITOR IDBRSM berkata...

@RATU HANTU

Nice quote RATU HANTU :-)

wan berkata...

saya sebagai rakyat Malaysia sentiasa menyokong pasukan bola Malaysia.. xkira kalah or menang..sokongan zaman berzaman..

Mr.TN_SkY berkata...

@wan

Good Bro..Keep it Up :-)

PEMINAT BOLASEPAK?