SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI IDRBSM...

WAHAI SAUDARAKU..KITA PUNYA DARAH YANG SAMA...JUA NEGARA YANG SAMA..MINAT JUGA SAMA..JADI DIMANAKAH KITA SATUKAN SEMUA ITU?
"PENAT LELAH USAH DIHIRAU..BANGUN LANTAS RATAH LAWANMU..PERSIS SANG HARIMAU MENGAUM GARANG!! AYUH JERITKAN AMUKAN HARIMAU..DEMI NEGARA, TANAH TUMPAH DARAHKU. DEMI GEMPITA PENYOKONG TEGARMU...BERPAKSIKAN SEMANGAT MELAWAN SANG HARIMAU MALAYA!!.."

EVENT

ASSALAMUALAIKUM..

       Tengok tajuk page pun rasanya anda sudah tahu apa fungsinya kan? Page ini bertujuan untuk mengumumkan aktiviti yang dijalankan, dirancangkan atau akan berlangsung di page rasmi Info Dan Ranking Bolasepak Malaysia @  di Blog Info Harimau Malaya ini. Nama pemenang pertandingan juga akan dipamerkan diruangan ini, jadi KEEP YOUR HARD WORK TO WIN YA..Segala aktiviti ini diadakan untuk menghargai dan juga sebagai galakan kepada anda untuk terus menyokong dan pada masa yang sama, membantu menyemarakkan SUKAN NOMBOR SATU di negara MALAYSIA...terima kasih buat semua.

AKTIVITI YANG SEDANG BERJALAN

1)   PERTANDINGAN TOP USER @ FANS IDRBSM

 - Pertandingan ini dijalankan untuk memilih peminat yang paling aktif di page IDRBSM . Pemenang hanya dipilih sekali seminggu oleh admin yang berkaitan (setiap jumaat).  
- Pemilihan Pemenang paling aktif ini haruslah dinilai dari segi komen di page, post berkualiti, info yang baik serta kelakuan dan keaktifan beliau di page (membantu newbie lain) serta berunsur baik semuanya. Semua fans layak menyertai. Pemenang yang sudah menang tidak akan dipilih untuk minggu berikutnya.
- Tiada hadiah ditawarkan tetapi pemenangnya akan DIPROMOTE oleh kami, PAGE IDRBSM dan BLOG IDRBSM ( sama ada page,profile @ group pemenang tersebut bergantung kepada pilihan beliau ). 

♥ SENARAI PEMENANG TOP USER ♥

IZZAT HUMAIDI

2)  PERTANDINGAN PREDICTION BOLA SEPAK MALAYSIA

- Pertandingan ini dijalankan sepanjang tahun hingga hujung tahun ini bermula dari tarikh contest ini diumumkan. Mata akan diberi kepada peneka yang berjaya meneka jumlah jaringan gol dengan tepat dan akan dikumpulkan sehingga tamat pertandingan.
- Bilangan mata yang diberi adalah mengikut ketentuan admin yang bertanggjawab iaitu dari 3 - 15 point. Perlawanan yang menjadi pilihan untuk diteka akan diumumkan di page IDRBSM pada hari perlawanan. Jadi peminat kena sentiasa update untuk menyertainya. Peneka hanya boleh meneka sekali untuk satu perlawanan dan tidak boleh mengubah tekaan.
- Hadiah adalah misteri dan akan diumumkan hujung tahun ini * yang pasti ianya berbaloi - baloi hehe..

♥ SENARAI RANKING PREDICTION 2012 ♥..Boleh lihat SINI..

3)  PERTANDINGAN MEREKA BANNER IDRBSM - TAJAAN JERSEY STORE


- Temanya adalah Harimau Malaya. Jad terpulang pada anda semua nak buat macamana.
- Pemenang akan dinilai melalui keaslian banner dan kreativiti.
- Bawah banner tu akan diletakkan logo IDRBSM dan juga Jersey Store.
- Boleh menggunakan apa jua software. Photoshop digalakkan.
- Tarikh mula pertandingan adalah 6.12.2011 sehingga 20.12.2011
- Sesiapa sahaja boleh menyertai dan boleh menghantar lebih dari 1 banner.
- 2 Pemenang akan dipilih dan layak memenangi sweater Malaysia

4)   CONTEST VIDEO HARIMAU MALAYA IDRBSM

Syarat - syarat pertandingan adalah..

1) Video berkenaan mstilah mengenai harimau malaya: xkisah sama ada dokumentasi, aksi skuad malaysia, ucapan anda, nk bersyair ke..aslkan mengenai bola MALAYSIA dan ada mesej dari anda dlm video tuu..nk buat tulisan ke, suara anda ke, ikutlah.
2) Jangan ciplak dari Youtube - original ya for IDRBSM
3) Tempoh video TIDAK LEBIH 5 minit
4) terpulang kepada kreativiti anda (cth: buat lagu sendiri, buat short movie sndri dan ucapan semangat yang unik dan kreatif, nak dress harimau malaya dgn bendera ke maffla ke jersey ke ape ke..terpulang)
5) Tiada unsur mencarut dan menggangu sensitiviti
6) Wajib ada kredit tuk Jersey Store, Wangian Hidup dan IDRBSM dlm video (terpulang nk letak tulisan ke, logo ke, ucapan ke)
7) Masa pertandingan sehingga akhir bulan 4 (sempatla nk buat video, kumpul material, edit dan sebgainya )
8) Keputusan IDRBSM adalah muktamad :-p

Video ini adalah ucapan/ penghargaan khas untuk skuad harimau malaya nanti di aff 2012..insyaallah video yang dihasilkn akan dijadikan koleksi IDRBSM @ mungkin di upload ke youtube?
Terima Kasih kepada dua penaja kami Jersey Store dan Wangian Hidup..Hadiahnya? lumayan beb..Nah..

Tempat Pertama:RM 100 + 3 botol minyak wangi + VOucher RM 50
Tempat Kedua:RM 80 + 2 botol minyak wangi + VOucher RM 50
Tempat Ketiga:RM 50 + 1 botol minyak wangi + Voucher RM 50
Tempat Keempat: 1 botol minyak wangi + Voucher RM 50
Tempat Kelima 1 botol Minyak wangi + Voucher RM 50
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AKTIVITI YANG TELAH  BERLANGSUNG

1) PERTANDINGAN KATA - KATA SEMANGAT UNTUK MATCH MALAYSIA VS TAIWAN 

- Fans perlu memberi kata - kata semangat dan sokongan pada skuad negara. 
- Cipta slogan yang unik lagi menarik bagi page IDRBSM
- Pemenang pertama dan kedua akan diberi 1 tiket perlawanan MAS VS TAIWAN.
- Sogan dan ucapan yang ada didalam komen box je akan dikira dan dipilih oleh admin, luar dari wall box tidak akan diterima.

 ♥ SENARAI PEMENANG CONTEST ♥

HILMI AL - AMPANGI

"Harimau Malaya akan ku sanjung hingga akhir nyawa!!! jangan berputih mata dan teruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhit!! jangan ditakuti segala halangan mendatang..tidak ada yang mampu menghalang anda untuk terus mara ke hadapan..datanglah, seranglah..takluklah..!! !!! AUUUMMM!! MENGAUMLAH DAN TERUS MENGAUM!!"

SLOGAN IDRBSM :IDRBSM NADI KEGEMILANGAN BOLASEPAK MALAYSIA!!


"Harimau Malaya teruskan mengaum!! bangkitlah demi maruah bangsa!! Jadikan Malaysia contoh kepada negara - negara Islam !! Hapuskan semangat Kenegerian!! Hidupkan semnagat Satu Malaysia !! Ayuh Skuad Negara Berbilang bangsa !"

SLOGAN IDRBSM : INFO DAN RANKING BOLASEPAK MALAYSIA NADI BERITA SUKAN SEMASA NEGARA TERCINTA KITA!! MALAYSIA !!


2) CONTEST MISTERI ( SEMPENA PIALA AFF) - TAJAAN KATALOG JERSI ONLINE

- Fans yang paling aktif akan dipilih oleh penaja.
- Pemenang Pertama akan memenangi sehelai jersi Malaysia Away
- Pemenang kedua dan ketiga akan diberi TOPUP RM 30 dan RM 15
- Sogan dan ucapan yang ada didalam komen box je akan dikira dan dipilih oleh admin, luar dari wall box tidak akan diterima.

 ♥ SENARAI PEMENANG CONTEST ♥
- ***Admin lupa siapa pemenangnya..:p

3) SEMANGAT HARIMAU MALAYA ( SUKAN SEA) - TAJAAN JERSEY STORE
- Fans perlu memberi kata - kata semangat dan sokongan pada skuad negara
- Dua pemenang akan dipilih oleh pihak penaja dan admin IDRBSM
- Pemenang akan menerima Jersey Away (Biru).
- Sogan dan ucapan yang ada didalam komen box je akan dikira dan dipilih oleh admin, luar dari wall box tidak akan diterima.

 ♥ SENARAI PEMENANG CONTEST ♥
PIEJA CHENTA DIA
SECONDHADE SERENADE

4) CONTEST GAMBAR PILIHAN (SUKAN SEA) TAJAAN JERSEY STORE

- Fans perlu memberi gambar yang memaparkan tentang sokongan mereka terhadap harimau malaya
- Peserta diberi peluang untuk mempromosikan gambar tersebut sehingga mendapat bilangan like yang mencukupi untuk diisytiharkan pemenang.
- Satu pemenang akan dipilih oleh pihak penaja dan admin IDRBSM
- Pemenang akan menerima sehelai Sweater Malaysia.

 ♥ SENARAI PEMENANG CONTEST ♥
AIZAT ROMANO - 566 LIKES







5) FANS TERBAIK (SUKAN SEA) TAJAAN JERSEY STORE
- Komitmen, sokongan, komen, idea dan cadangan akan dinilai oleh pihak admin IDRBSM dan penaja untuk memilih fans paling komited.
- Satu pemenang akan dipilih oleh pihak penaja dan admin IDRBSM
- Pemenang akan menerima sehelai Sweater Malaysia.

 ♥ SENARAI PEMENANG CONTEST ♥
RAFIZUL

6) CONTEST TEKA  - TEKI TAJAAN JERSEY STORE
- Teka - Teki akan diberikan oleh pihak admin dan fans perlu menjawab dengan betul sambil memberikan satu kata - kata semangat kepada skuad harimau malaya.
- Satu pemenang akan dipilih oleh pihak penaja dan admin IDRBSM.
- hadiah adalah RM 10 topup.

 ♥ SENARAI PEMENANG CONTEST ♥
MOHD ROBBANI RAFIEE
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AKTIVITI DALAM KALENDAR IDRBSM

2) FANS TERBAIK TAHUNAN ( SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN IDRBSM )
- Hadiah masih dalam perbincangan

3) FANS PALING SPORTING IDRBSM
- Hadiah masih dalam perbincangan

4) PERTANDINGAN FUTSAL IDBRSM
- Masih dalam perancangan.

Tiada ulasan:

PEMINAT BOLASEPAK?