SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI IDRBSM...

WAHAI SAUDARAKU..KITA PUNYA DARAH YANG SAMA...JUA NEGARA YANG SAMA..MINAT JUGA SAMA..JADI DIMANAKAH KITA SATUKAN SEMUA ITU?
"PENAT LELAH USAH DIHIRAU..BANGUN LANTAS RATAH LAWANMU..PERSIS SANG HARIMAU MENGAUM GARANG!! AYUH JERITKAN AMUKAN HARIMAU..DEMI NEGARA, TANAH TUMPAH DARAHKU. DEMI GEMPITA PENYOKONG TEGARMU...BERPAKSIKAN SEMANGAT MELAWAN SANG HARIMAU MALAYA!!.."

Jumaat, 9 Disember 2011

Ragam Bola: Ada Apa dengan Penyokong

IDRBSM menulis...

           Assalamualaikum semua, alamak..jangan ada yang "butt hurt" lak bile aku letak logo ni. hehe.. Sebelum tu, dah lama rasanya blog rasmi IDRBSM ni tak berupdate kan? adoiyai,,,sori la geng, bukan kami pinta...tapi ianya memang betul - betul tak dapat dielakkan.  Apa motif aku letak logo Ultras Malaya kat sini?? Oleh sebab aku nak mulakan entry "come back" ni dengan santai, aku nak kasi korang semua layan satu puisi ni. Nukilan khas oleh salah seorang sahabat dari kalangan 16 admin di sini. Betul @ tak betul, korang semua nilaikan sendiri, lebih 30 ribu fans IDRBSM, jadi dah tentu banyak " kepala dan pandangan yang berbeza bukan??" :-D  
"Buat saudaraku,
Bersatu kami di bawah panji Ultras Malaya,
Gagahi jiwa turun semua berpadu sokongan,
Datangnya kami seantero Malaysia,
Moga Harimau malaya dapati kemenangan.
Tanggal 23 Jun, tak kan kami lupa,
semua saudara bersatu tenaga dan suara,
Pemain kesayangan berjuang demi negara,
Kami teguh di belakang Harimau Malaya,
Dimana dia pengkritik tegar??
Tabiat busuk "condemn" sepanjang masa,
Ramalan si mulut puaka tampak tersasar,
Harimau Menang diam seribu bahasa,
Alhamdulillah syukur pada yang Esa,
Pencinta Bola senyum sepanjang masa,
Perjuangan kita tidak ternoktah di sini sahaja,
Tahun depan depan kita tawan AFF pula,
Satu malam penuh dengan kejutan dan kenangan, 
Kepulangan seseorang sentiasa dinantikan,
Seorang lagenda dan juga rakan - rakan,
Bersatu kembali kita kukukhkan ikatan,
Salam sayangku pada saudara semua
Jutaan terima kasih pada semua,
Khusus pada yang berkorban masa dan tenaga,
Berjuang keras demi Ultras Malaya "

        Bagi aku, ini adalah satu luahan dan pada masa yang sama satu SINDIRAN PEDAS buat segelintir "makhluk" yang cuma gah menjadi keyboard warriors @ yang sama waktu dengannya. KRITIKAN DAN PENDAPAT itu perlu....cuma ada batas yang perlu dijaga. Ada orang salahkan ULTRAS <--------- Kasar dan over, tpi cuba pahamkan apa makna ULTRAS itu sendiri? SEGELINTIR dari ultras yang tersilap "over reacted" menuduh orang lain tidak patriotik, tidak semestinya majoriti yang lain begitu ye dak? :-p. Malah ramai lagi yang masih memegang. prinsip ini: Lain padang lain belalangnya, Lain orang lainlah caranya, :-) tak percaya?? Ini seruan UM pada saudara - saudaranya...

" Sekali lagi diingatkan kepada rakan - rakan semua, jika ada yang mahu berjuang bersama kami,  jangan sesekali merendahkan orang lain atau mengkelaskan orang lain pariotik atau tidak. Mereka punya hak untuk diri mereka, kita juga ada hak untuk buat apa yang kita mahu. Fokus untuk lebih maju ke depan, dan jangan sesekali rasa diri ini lebih bagus dari orang lain. Cara kita mungkin berbeza tapi orang lain juga punya hak untuk menyokong dengan cara mereka "

        Jadi udah 2 la..saling tak puas ati sana dan sini, sama - sama menyokong pasukan kita, tak kisah sama ada dengan cara anda, mereka dan kita..:-D Yang tak betul kita tegur, dan sama -sama betulkan, bukan sekadar yang ditegur, tetapi merangkap lah dengan yang menegur...kan senangggggg......................


P/s: Admin pun bukan semuanya Ultras, tapi masih mampu bersama (ceewah!"). Ok..ini poyo..haha...dah2..korang baca point yg atas..point yg ni tak payah baca..haduu..ngantuk! eh..solat2..


KENALI EDITOR :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog STORY PONDOK KECIL dan MEGAH NAFIQ SHOP. Anda boleh mengikuti beliau di Twitter atau di Facebook. Jika anda mempunyai soalan, boleh like page rasmi IDRBSM, IDRBSM OFFICAL PAGE.

1 ulasan:

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ berkata...

salam satu malaysia..
gua memg respek geng2 ultras. semuala xkirala ultras malaya, ultrasel, ultras kelate ke semua gua hormat sebab diorang ada prinsip yang diorang pegang. Gua minat cuma kerja gua yang memperbataskan semua tu. tapi gua still sokong dari jauh.. adioss

PEMINAT BOLASEPAK?