SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI IDRBSM...

WAHAI SAUDARAKU..KITA PUNYA DARAH YANG SAMA...JUA NEGARA YANG SAMA..MINAT JUGA SAMA..JADI DIMANAKAH KITA SATUKAN SEMUA ITU?
"PENAT LELAH USAH DIHIRAU..BANGUN LANTAS RATAH LAWANMU..PERSIS SANG HARIMAU MENGAUM GARANG!! AYUH JERITKAN AMUKAN HARIMAU..DEMI NEGARA, TANAH TUMPAH DARAHKU. DEMI GEMPITA PENYOKONG TEGARMU...BERPAKSIKAN SEMANGAT MELAWAN SANG HARIMAU MALAYA!!.."

Sabtu, 10 Disember 2011

SIRI 1: TAK TAU NAK KATA ( BOLA SEPAK)

IDRBSM menulis lagi....


       Selepas memilih untuk mengupas isu "perbezaan fahaman" di kalangan penyokong bolasepak di Malaysia, kali ni, kami pihak editor memilih untuk menerangkan serba sedikit tentang "BASIC CONCEPT" bolasepak. Untuk seseorang peminat itu melontarkan pendapat dan cadangan, sudah tentu mereka juga mesti memahami dan memiliki "sedikit" pengetahuan tentang "how dan what" tentang konsep bolasepak.  Jangan main hentam semborono sahaja, kang malu sendiri kang.

           Artikel ini akan dibuat secara bersiri dan dinamakan Siri TAK TAU NAK KATA: BOLASEPAK. Siri ini akan mengulas tentang konsep asas, membetulkan pendapat "sesetengah" fans yang silap sambil memberi solusi kepada permasalahan yang ditimbulkan. Jadi dari note admin "HITLER" di page IDRBSM, saya pindahkan info ini ke ruangan blog ni untuk berkongsi pandangan dengan para peminat bolasepak khususnya Malaysia lah! :-D. Antara konsep asas Bolasepak Dunia adalah:

1. TEKNIK BUKAN SKILL : Kesilapan pertama dalam kefahaman bolasepak di Malaysia ialah, terlampau taksub dengan skil yang dipercayai lahir daripada bakat. Kononnya skil adalah asas bolasepak yang paling utama. Ini tidak menghairankan kerana, selama ini bolasepak di Malaysia lebih banyak dipelajari di televisyen berbanding di atas padang. Keadaan di mana televisyen hanya dapat memaparkan sebahagian daripada keseluruhan padang dan banyak menghidangkan ulang tayang yang memaparkan skil individu, maka tidak hairan apabila ramai kanak-kanak kita menjadikan skil sebagai asas bolasepak. Namun yang lebih buruk lagi adalah apabila kanak-kanak ini membesar dan terus mempercayai bahawa skil lebih penting daripada teknik.

Teknik Tackle juga kena belajar nih! haha :-p (Sumber gambar dari sokernet)
Teknik boleh dipelajari dan bakat yang ada akan mempercepatkan dan mempelbagaikan skil seseorang pemain. Namun selagi teknik ini tidak dipelajari, kita akan terus-terusan mempunyai pemain yang meniru-niru sahaja tanpa mengetahui akan rahsia sebenar teknik tersebut. Teknik menendang, teknik menahan, teknik berlari dengan bola dan berbagai teknik lagi tidak diajar dan tidak dipelajari dengan tepat oleh pemain-pemain kita. Inilah yang menyebabkan bakat yang ada hilang dan lenyap begitu sahaja.

2. KEKUATAN BUKAN SAIZ – ramai yang menganggap bahawa saiz menentukan kekuatan, sememangnya tidak dipertikaikan, namun hendaklah difahami apa yang dimaksudkan dengan kekuatan. Bolasepak sebenarnya bermula bersama-sama dengan ragbi, sehinggalah undang-undangnya diperbuat kira-kira 150 tahun dahulu. Permainan bolasepak sesungguhnya memerlukan kekuatan. Contoh terbaik adalah Maradona dan Michael Owen, yang mana saiz mereka tidak langsung mencerminkan kekuatan mereka. Sepatutnya, kekuatan adalah perkara pertama yang harus menjadi tapisan untuk kita mendapatkan pemain yang boleh mempunyai daya tahan dalam permainan.

Kekuatan bukan dari segi ini! Kungfu tapak kaki ini sesuai digunakan di dalam filem KL GANGSTER 2
Kita juga tidak seharusnya melupakan bahawa bolasepak adalah permainan ‘full-body-contact’ berteraskan peraturan. Kesemua pemain telah dijangka akan bertembung sesama sendiri dalam mendapatkan bola. Ini adalah teras permainan ini. Jika ini bukan menjadi terasnya, maka akan diadakan jaring yang memisahkan kedua-dua pasukan seperti permainan badminton dan sebagainya. Maka jika ini dijadikan pedoman untuk bermain bolasepak, untuk bermain kita mestilah menjadikan diri kita lebih kuat dari lawan, seperti pahlawan yang akan pergi berjuang, jika kita tidak kuat, lebih baik lupakan sahaja daripada berperang.

3. BOLASEPAK PROFESIONAL BUKAN UNTUK SEMUA – malah untuk mencari ‘expert professional’ adalah lebih susah, apatah lagi ‘world class player’, ini adalah amat tepat kerana, seperti mana profesional-profesional yang lain. Menjadi professional bermakna menjalani kehidupan secara profesional juga. Pertamanya disiplin hidup berjadual dari segi latihan, pemakanan, pembelajaran, publisiti, ‘public relations’ sehingglah cara berfikir. Kedua, ‘devotion’, seseorang pemain professional mesti menghidupkan kehidupannya sebagai pemain bolasepak dan mempunyai target untuk memenangi Piala Dunia dengan negaranya (seperti Maradona, Zidane dan Geoff Hurst yang meletakkan azamnya dihadapan jutaan rakyat negaranya). Ketiga dan yang paling penting, pengorbanan, jika sudah bertekad maka pemain Malaysia perlu mengorbankan segala kemahuannya seperti mesti berhampiran dengan keluarga, makan nasi, keluar sehingga tengah malam, melepak, tinggalkan kawan-kawan yang membawa elemen yang tidak perlu, tinggal diluar negara, pendek kata meninggalkan cara hidup sekarang ini dan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada bolasepak diantara umur 16 hinggalah 23 tahun. Jika pada umur 23 tahun, tiada kelab yang akan mengambil mereka bermain atau menggajikan mereka, anggaplah itu kegagalan dan kembalilah ke Malaysia untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang memalukan itu atau cari sahaja kerja lain.

INGAT NAK SENSOR GAMBAR NI! haha...JANGAN MELELEH AIR LIUR YA! SILA BEZA KAN FIZIKAL MEREKA DENGAN KITA, .JADI HOW TO OVERCOME THEM? BOLEH AJEE...

4. BOLASEPAK INI BERSIFAT GLOBAL - Hari ini, akademi bolasepak diibaratkan sebagai universiti, graduan-graduannya adalah pemain-pemain dunia masa depan. Hanya ada 736 pemain sahaja yang akan bermain di Piala Dunia setiap 4 tahun dan juga 480 pegawai pengurusannya. FAM, mulakanlah menghantar pemain-pemain muda ke akademi-akademi seperti di Ajax Amsterdam, Liverpool, Barcelona, Bayern Munich dan mungkin juga salah satu akademi di Afrika (dibawah tajaan kelab-kelab besar). Tidak perlulah kita membuka akademi banyak - banyak disini dan menghantar SEMUA pemain muda kita kesitu kerana ianya hanyalah satu lagi pembaziran. Kita hanya perlu akan 40 pemain terbaik sahaja, hantarlah YANG BERBAKAT ke akademi-akademi ini. Bukan sahaja ianya memberikan ‘exposure’ tetapi juga peluang mereka lebih cerah untuk bermain di kelab-kelab di sana. Biarlah liga Malaysia ini untuk pemain-pemain bertaraf biasa atau bukan bersatus bintang negara (sama seperti Ghana, Ivory Coast, Bolivia, Lithuania dan sebagainya). Harus diingat, ini tidak memperlecehkan liga Malaysia itu sendiri, kerana jika tempoh "peak" sesuatu pemain bintang itu sudah merudum, mereka akan kembali jua ke bumi sendiri seperti senario yang berlaku di Jepun, Korea dan negara kuasa besar seperti Italy dan sebagainya. Secara tidak sedar, liga akan memiliki, pemain tempatan yang berkualiti serta berpengalaman hasil kebijaksanaan pengurusan bola itu sendiri.

KITA PERLUKAN 10 LAGI BAKAT SEPERTI ADIK NAMI, BUKAN SEORANG, CUBA LIHAT APA JADI KEPADA  RYAN GIGS? BERSTATUS BINTANG TETAPI NEGARANYA GAGAL KE PIALA DUNIA

5. BUKAN SEORANG STAR! TETAPI 11 STAR – Permainan bolasepak memerlukan kesebelasan pemainnya boleh dan faham akan setiap corak permainan untuk mengimbangi pasukan lawan dan seterusnya mendapatkan kelebihan. Penyerang mesti tahu cara bertahan, pemain pertahanan mesti tahu menyerang, dengan ini sahajalah seseorang pemain dapat membaca permainan dan akhirnya mendapat kelebihan untuk memenangi perlawanan. Seperti mana kita berjuang, kita harus tahu dan membaca gerakan musuh sebelum kita mengambil keputusan untuk berperang. Bayangkan jika seorang penyerang tahu teknik bertahan, tackle dan marking sebaik pemain pertahanan, sudah tentu penyerang tersbut akan dapat membaca pergerakan pemain pertahanan dan mencari sesuatu untuk mendapatkan kelebihan.

6. PENGADIL BUKAN PELINDUNG – satu lagi kesilapan konsep di malaysia ialah sistem pengadil yang berlandaskan konsep melindungi pemain. Itu sememangnya salah sama sekali. Pengadil hanya menegakkan peraturan agar permain lancar, bukan melindungi pemain kerana permainan bola sepak adalah permainan ‘full-body-contact’. Maka jika seseorang memutuskan untuk bermain bolasepak, beliau seharusnya mempersiapkan dirinya untuk bermain dan jika mereka cedera ataupun tewas dalam padang, sememangnya mereka tidak layak untuk meneruskan untuk bermain. Ini harus diteruskan sehinggalah kita dapat melahirkan pemain-pemain yang berdaya tahan dan sentiasa bersiap sedia untuk bermain bolasepak. Tidak ada tempat untuk pemain-pemain yang lembek, lembab, bodoh dan tidak bersedia, seandainya kita mahu melihat pasukan kita di Piala Dunia.

P/S: Isu ini akan disambung di artikel lain, jadi selalulah melawat blog ini ye, dan jangan pula ada yang memperlecehkan "macam la tahu sangat main bola". Ini hanya cadangan dan ilmu, kalau tidak bersetuju, share pandangan anda, lagi banyak relevan opinion, lagi better..:-) calooo...Assalamualaikum.

KENALI EDITOR :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog STORY PONDOK KECIL dan MEGAH NAFIQ SHOP. Anda boleh mengikuti beliau di Twitter atau di Facebook. Jika anda mempunyai soalan, boleh like page rasmi IDRBSM, IDRBSM OFFICAL PAGE

Tiada ulasan:

PEMINAT BOLASEPAK?