Assalamualaikum..Ha...Jangan tak tau yang ini adalah siri sambungan kepada artikel sebelum ni. Korang tau tak ni? nah...baca ni dulu...SIRI 1: TAK TAU NAK KATA (BOLASEPAK). Dah faham? ok..nama siri pun tak tau nak kata kan?..jadi memang aku tengah blur nie, nak tulis apa. haha.., Jika kita faham konsep asas bolasepak, proses untuk "mengeluarkan" idea - idea bernas untuk pasukan kita juga akan lebih padu :-D Nak membina rumah pun, mesti ada batu asas ye dak? jom sambung...
7. TAHU BUKAN TIRU – setiap pemain mesti tahu apa yang mereka lakukan, bukan meniru atau mengikut sahaja. Untuk tahu, setiap pemain mesti memahami teknik yang sebenar, barulah pemain tersebut tahu apa yang dilakukannya. Hasilnya, tendangan lebih tepat, larian lebih mantap, pergerakan lebih bijak dan sebagainya. Jurulatih-jurulatih harus dididik agar boleh mendidik pemaian-pemain muda sehingga mereka memahami konsep bolasepak. Mana-mana jurulatih yang tidak faham harus belajar dengan lebih lagi sebelum menggelar diri mereka jurulatih.
JANGAN TAK TAU. INI TAKTIKAL BRAZIL..HAHAHA |
8. TANPA TEKNIK, TIADA TAKTIK – tidak ada gunanya segala taktik diajar atau digunakan jikalau pemain tidak mengerti teknik. Fahamilah bahawa perkataan taktik itu bermakna pertembungan akal yang akan disempurnakan secara fizikal. Maka adalah sebaiknya jika pemain-pemain kita semuanya berakal dan penyempurnaan secara fizikal yang bertepatan tekniknya.
Hehe, Jangan Nak Mengira Ayam Selagi Telur tu Tak Menetas, Jaga Elok - Elok Sampai Masa, "BINTANG AKAN LAHIR" kan?? |
9. MENGURUSKAN PEMAIN BUKAN MENGKURUSKAN PEMAIN - Ini adalah peringatan kepada semua persatuan dan pasukan bolasepak di malaysia, peringatan kepada setiap individu yang bergelar pengurus pasukan. Pertama, jikalau tiada kemudahan kewangan, akui dan tidak perlu menyusahkan mana-mana pemain untuk bermain dengan pasukannya. Persatuan atau pasukan tersebut juga haruslah mencari persediaan yang mampan sebelum boleh menggelar diri mereka sebagai pasukan yang terurus. Pengurusan pasukan atau persatuan hari ini haruslah menjadikan pengurusan korporat sebagai contoh dan bukan lagi medan politik reban ayam bagi beberapa individu yang tidak memahami bolasepak komersil. Jadikanlah bolasepak sebagai satu perniagaan dan pemain-pemain adalah pegawai pemasaran dan jurulatih ataupun pengurus pasukan sebagai CEO. Untuk memenuhkan stadium, pasukan mesti mantap, utnuk itu ianya haruslah dipasarkan dengan agresif yang hanya dapat dilihat daripada ‘performance’ pasukan. Hanya apabila stadium dipenuhi maka, persatuan atau pasukan akan mmempunyai kestabilan kewangan untuk memastikan pemain diuruskan bukan di’kurus’kan. Dan secara psikologi manusia, manusia suka pergi ke tempat yang ramai manusia berkumpul. Jadi jikalau ‘pemasaran’ berjaya, stadium penuh, ianya akan penuh sentiasa, wang akan masuk, pemain terjaga dana seterusnya barulah boleh fokus untuk menjuarai pelbagai pertandingan. Selagi asas tidak ada, maka persatuan atau pasukan tidaka akan dapat memberikan fokus utnuk menjadi juara.
10. PERFORMANCE, BUKAN KEPUTUSAN PERMAINAN -Setiap ‘performance’ diteliti dan diperhatikan serta dinilai oleh penyokong, bukan pengurus, bukan pemain sendiri dan sememangnya bukan ahli politik yang menerajui persatuan. Jikalau performance adalah yang terbaik oleh pasukan dari segi, teknik, taktik, semangat melawan dan daya saing, penyokong akan terus menyokong walaupun keputusan tidak menyebelahi. Ini telah terbukti di meratra dunia terutamanya dengan kelab-kelab kecil di merata Eropah dan Amerika Selatan yang mempunyai penyokong setia kerana mereka merasakan diri sebagai pemaian ke-12 pasukan tersebut dan terus-terusan menyokong walaupun keputusan tidak menyebelahi.
Bile Lagi Nak Rasa Camni, Kita Semakin Kearah itu, Cuma Perasaan Superior Serta Mentaliti Kena Berubah..:-) |
11. SUKAN HANYA MENJADI SUKAN APABILA MEMPUNYAI PENONTON - Jika tidak ada penonton ianya dipanggil senaman – kenyataan tersebut sudah cukup dalam untuk menunjukkan bahawa sesuatu hanya akan ditonton jikalau dapat memberikan timbal balik dari segi keterujaan, keseronokan dan ‘adrenalin’. Tetapi jikalau ianya tidak mendatangkan hasil kepada peneraju, pengurusan, pemain sndiri dan terutamanya kepada penonton ( yang sebenarmya membayar gaji kepada peneraju (ahli politik), pengurusan (termasuklah makcik cleaner di premis persatuan) dan pemain, yang mana bukan sahaja membayar bayar gaji mereka (menerusi tiket dan juga pembelian ‘merchandise’), malah penonton juga yang akan membuka peluang dan masa depannya), maka lupakanlah bersukan, bersenam sahajalah.
P/S Siri ketiga akan menyusul nanti :-)
KENALI EDITOR :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog STORY PONDOK KECIL dan MEGAH NAFIQ SHOP. Anda boleh mengikuti beliau di Twitter atau di Facebook. Jika anda mempunyai soalan, boleh like page rasmi IDRBSM, IDRBSM OFFICAL PAGE.
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog STORY PONDOK KECIL dan MEGAH NAFIQ SHOP. Anda boleh mengikuti beliau di Twitter atau di Facebook. Jika anda mempunyai soalan, boleh like page rasmi IDRBSM, IDRBSM OFFICAL PAGE.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan