SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI IDRBSM...

WAHAI SAUDARAKU..KITA PUNYA DARAH YANG SAMA...JUA NEGARA YANG SAMA..MINAT JUGA SAMA..JADI DIMANAKAH KITA SATUKAN SEMUA ITU?
"PENAT LELAH USAH DIHIRAU..BANGUN LANTAS RATAH LAWANMU..PERSIS SANG HARIMAU MENGAUM GARANG!! AYUH JERITKAN AMUKAN HARIMAU..DEMI NEGARA, TANAH TUMPAH DARAHKU. DEMI GEMPITA PENYOKONG TEGARMU...BERPAKSIKAN SEMANGAT MELAWAN SANG HARIMAU MALAYA!!.."

Sabtu, 31 Mac 2012

SIRI 3: TAK TAU NAK KATA (BOLASEPAK)

Assalam dan Selamat Pagi..IDRBSM kembali menulis...

        Setelah sekian lama sunyi je blog rasmi ini, editor IDRBSM kembali tampil menulis. Kali ni, adalah satu artikel di mana ianya adalah siri sambungan kepada artikel sebelumnya. Sila Jengah ke artikel SIRI 1 dan SIRI 2 TAK TAU NAK KATA dan anda akan faham apa maksud artikel ini sebenarnya...Ok..jom sambung bacaan.

Cadangan Penyelesaian Dan Alternatif

1. UJIAN YANG RELEVAN DAN ADIL UNTUK SEMUA – kita mesti mengadakan satu bentuk penapisan dalam bentuk ujian sebelum seseorang individu boleh dianggap sebagai pemain bolasepak, 



ini termasuklah:
a. Ujian kekuatan (kerana teknik boleh diajar)
b. Ujian kelajuan (kerana kelajuan tidak boleh dicari)
c. Ujian kecerdasan (kerana bukan semua yang ingin bermain itu cerdas akalnya)
d. Ujian motivasi (kerana seseorang pemain mesti boleh memotivasi dirinya sendiri)
e. Ujian disiplin (kerana disiplin adalah asas setiap latihan yang mendatangkan kejayaan)

Setelah seseorang itu lepas akan ujian di atas barulah diberikan ujian bolasepak pula. Alasannya mudah, seandainya ingin membina rumah, binalah dengan tiang yang kukuh, dan semakin besar dan gah rumah atau bangunan yang boleh mendatangkan hasil secara komersil, maka lebih kukuhlah tiang perlu dibina.

2. SETIAP KESILAPAN DAN KESALAHAN MESTI DIKRITIK DAN DIKUTUK ( PSIKOLOGI ) DAN IANYA TIDAK AKAN DIULANGI LAGI – akhbar digalakkan mengutuk kesilapan-kesilapan pemain tetapi pada masa yang sama juga memuji kejayaan. Seandainya pemain tersebut tidak tahan dikutuk dan tidak pula memperbetulkan dan mengulangi kesilapannya, biarkan sahaja dia membawa diri, pemain seperti itu tidak diperlukan dalam pasukan. Dan seandainya semua tidak tahan, maka kita tak perlu memalukan diri kita di atas padang lagi dan seharusnya akan terdapat dan terbit pemain-pemain yang ingin melawan kutukan-kutukan tersebut dan membuktikan yang mereka adalah yang terbaik.

3. PENSWASTAAN KELAB DAN PEMAIN BOLASEPAK - Sudah sampai masanya pihak korporat diberikan pelepasan cukai jika mempunyai pasukan bolasepak di tahap yang tertinggin atau menaja pemain yang bermain dengan kelab antarabangsa. Korporat-korporat seperti Petronas, Telekom, Indah Water, TNB sepatutnya sekarang sudah menggantikan pasukan-pasukan tradisional dengan menguruskan pasukan mereka secara korporat. Dengan pelepasan dan insentif cukai, maka diharapkan bahawa korporat-korporat ini akan memberikan lebih tumpuan kepada sukan bolasepak.

4. BUANG SIFAT MANJA PERSATUAN NEGERI - F.A.M. perlu menghentikan bantuan kepada persatuan-persatuan negeri untuk menghilangkan minat individu-individu yang tidak tahu mengenai bolasepak menerajuinya ataupun menyibuk dalam pengurusannya. Setiap persatuan negeri mesti mempunyai satu standad korporat seperti dalam pengurusannya yang mana wajib ada hirarki pengurusan seperti seorang CEO, akauntan dan sebagainya sebelum mereka layak untuk menerima apa sahaja bentuk bantuan. Dan bantuan ini adalah dalam bentuk pinjaman. Kenapa ini diperlukan, kerana hanya dengan pengurusan korporat yang tepat sahaja akan memberikan mereka keberanian untuk ‘meminjam’ dana dalam memajukan pasukan mereka. Kegagalan pasukan akan bermakna kerugian pasukan, mungkin muflis dan mereka kehilangan pekerjaan. Dengan tekanan-tekanan seperti ini sahajalah dapat kita lahirkan pengurusan bolasepak dan pemain-pemain yang sebenar dan mantap dan mempunyai daya tahan yang mampan.


5. ANALISIS TAHAP BOLA SEPAK KITA - Setelah semua ini diadakan maka bolehlah kita membuat keputusan samada kita perlu ada pasukan kebangsaan dan meneruskan perjuangan negara dalam arena bolasepak global. Hentikan pembaziran, tingkatkan kesedaran dan dalamilah teknik permainan, pengurusan dan semoga ini akan memajukan bolasepak negara.

        Semoga 3 siri artikel ini dapat meluaskan kepala kita seluas - luasnya tidak kira lalang, keyboard warriors, ultras dan sebagainya..TROLL~~ Sumber dari admin Hitler..Terima Kasih dan Assalamualaikum.

KENALI EDITOR :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog STORY PONDOK KECIL dan MEGAH NAFIQ SHOP. Anda boleh mengikuti beliau di Twitter atau di Facebook. Jika anda mempunyai soalan, boleh like page rasmi IDRBSM, IDRBSM OFFICAL PAGE.

1 ulasan:

bolacentral berkata...

1. Tak tau la bro.. I don't think it's as easy as that. Kalau semua orang kena lalu semua ujian tu.. kita tak akan jumpa Messi bro.

2. I agree with this, tapi must be out of the public media. Media sekarang ni bukannya baik mana bo. Kalau menang puji menggunung. Kalau kalah mengutuk tak habis. Media ni nak ikut populariti je. I'm pretty sure each coach untuk each team handles this well.

3. Swasta ni bagus.. tapi team tu sendiri la kena buat keje.. ni berkaitan dengan nombor 4. Kalau asyik kalah sapa la nak sponsor bro. Kalau tak popular pergi salahkan penyokong mana la company nak sponsor. Kalau tak popular salah sendiri, bukan salah orang lain.

4. Ni la yang wajib kene implement. Tapi this will probably be hard la.. unless kita each negeri ada orang progresif macam annur musa untuk team Kelate.

5. Analisis ni kena.. tapi to tell you the truth aku tak rasa Malaysia ni ada orang yang betul-betul hebat taktikal yang setaraf dengan european/continental. Taraf jepun pun tarak. An analysis is only as good as the person who analyzes it.

PEMINAT BOLASEPAK?