SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI IDRBSM...

WAHAI SAUDARAKU..KITA PUNYA DARAH YANG SAMA...JUA NEGARA YANG SAMA..MINAT JUGA SAMA..JADI DIMANAKAH KITA SATUKAN SEMUA ITU?
"PENAT LELAH USAH DIHIRAU..BANGUN LANTAS RATAH LAWANMU..PERSIS SANG HARIMAU MENGAUM GARANG!! AYUH JERITKAN AMUKAN HARIMAU..DEMI NEGARA, TANAH TUMPAH DARAHKU. DEMI GEMPITA PENYOKONG TEGARMU...BERPAKSIKAN SEMANGAT MELAWAN SANG HARIMAU MALAYA!!.."

Jumaat, 8 Julai 2011

RANJAU DAN LIKU - LIKU HARIMAU YANG DULUNYA LUKA....

IDRBSM menulis...


Assalamualaikum...

       Seperti yang kita tahu skuad olimpik kita atau dikenali sebagai Harimau Muda A telah pun berjaya menjejakkan kaki ke pusingan ketiga setelah hampir berpuluh tahun kita mencuba..Kita tidak boleh menafikan bahawa bola sepak kita sedang mengalami peningkatan setelah berbelas-belas tahun kita meraba-raba dalam kegelapan. Kini sinar baru yang telah dicetuskan oleh skuad olimpik kita sedikit sebanyak telah menandakan kebangkitan bola sepak Malaysia. Ia seakan - akan mimpi, tetapi itulah realiti. Jatuh bangun, merangkaknya pasukan kita di persada antarabnagsa sekrang seakan - akan menjadi satu fenomena di seluruh pelosok MALAYSIA bukan? Terlalu banyak faktor yang menyebabkan bola sepak Malaysia jatuh antaranya rasuah, kroni dan pelbagai lagi..ahh kalau hendak diceritakan memang xcukup la artikel ni. Perkara yang lepas tidak perlu kita ungkitkan lagi. Perjuangan mesti kita teruskan. Anggaplah apa yang terjadi sebagai pengajaran kepada dunia bola sepak kita agar peristiwa yang sama tidak akan berlaku lagi.



      Namun demikian bukanlah mudah skuad Olimpik Malaysia untuk dapat menjejaki ke pusingan ke 3 ini..Pada pusingan pertama Malaysia telah menentang pasukan olimpik Pakistan dimana kita telah menang 2-0..manakala timbal balik di Lahore, Pakistan. Skuad Olimpik Malaysia telah mendapat keputusan seri sekaligus melayakkan pasukan olimpik Malaysia ke pusingan ke dua. Di pusingan kedua pula pasukan dari Olimpik lubnan yang menanti..Sebagai persediaan menentang pasukan lubnan, skuad Olimpik kita telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad senior Kemboja dimana pasukan olimpik kita kalah 1-0..seterusnya pasukan olimpik kita mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad olimpik Qatar dan kita tewas dengan jaringan yang agak besar iatu 4-0..Melalui  2 siri keputusan perlawanan ini, maka berbunyi lah segelintir "cerdik pandai" yang hanya tau menjatuhkan tanpa memberi kritikan yang membina dan bernas..pelbagai caci maki yang skuad olimpik Malaysia terima..
  
       Kredibiliti Ong Kim Swee di persoalkan dan malahan ada yang mengatakan skuad Olimpik Malaysia ini menerima rasuah dek kekalahan 4-0 kepada skuad Olimpik Qatar..Ramai yang beranggapan pada pusingan kedua menentang Lubnan nanti skuad olimpik Malaysia akan kecundang..Namun sangkaan mereka meleset kerana skuad olimpik kita berjaya memperolehi keputusan seri 0-0 walaupun kita patut memenangi perlawanan itu jika penyerang-penyerang negara kita menyudahkan peluang-peluang yang kita perolehi. Dengan kedudukan agregat 0-0, pasukan lubnan dilihat lebih berpeluang jika dibandingkan dengan pasukan Malaysia apabila pertemuan timbal balik dilakukan di stadium bukit jalil..tetapi dengan berkat dan doa pemain ke 12 Malaysia iatu penyokong pasukan negara kita berjaya memenangi perlawanan tersebut 2-1 dan kedua-dua gol yang dihasilkan memang bertaraf dunia..namun perlawanan tersebut memang akan diingati bertahun-tahun lamanya kerana insiden gary steven robert yang menyebabkan kita bermain 10 orang pemain sahaja dalam hampir setengah jam..Pemain-pemain lubnan hanya mampu menitiskan air mata. Mungkin menyesal kerana bersikap takbur, terlalu yakin dan memandang rendah terhadap kemampuan skuad olimpik kita. Sedihkan..tapi apa nak buat..Nasi sudah menjadi bubur..


          Sekarang ini, pasukan skuad olimpik Malaysia akan diundi bersama-sama 20 pasukan terbaik pada 7.7.2011 dan hasil undian tersebut kita telah diletakkan bersama-sama pasukan dari Jepun,Syria dan juga Bahrian.Seperti yang sedia maklum pasukan Jepun merupakan pasukan gergasi Asia. Namun demikian dalam bola sepak apa-apa pun boleh terjadi.kita merupakan antara pasukan kerdil dalam kumpulan ini namun ini sebenarnya lebih baik kerana kita tidak akan mempunyai tekanan malahan pasukan Jepun sebenarnya akan lebih tertekan. Manakala Syria dan juga Bahrian juga mempunyai stail permainan yang hampir sama dengan lubnan. Jika lubnan kita mampu tumbangkan kenapa tidak Syria atau Bahrian? 

        Tidak dinafikan kualiti permainan dan skil individu 3 pasukan diatas melebihi skuad olimpik kita, Namun jika kita tidak memberikan sokongan dan yakin terhadap skuad olimpik kita..siapa lagi? tak akan la rakyat England yang ingin memberikan sokongan terhadap pasukan negara kita..tentulah kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyokong pasukan negara kita..sudah-sudahlah mencaci membabi buta..Adakah kejutan demi kejutan yang dilakukan oleh skuad olimpik kita tidak dapat membuka mata kita semua..Bangkitlah wahai penyokong-penyokong Malaysia! Harimau sudah pun keluar dari kandangnya..-Sokongan zaman-berzaman-

Dari meja -M.Wan- Diedit dan dipublish semula...

KENALI EDITOR :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog StOry PondOk KeciL. Anda boleh mengikuti beliau di Twitter atau di Facebook. Jika anda mempunyai soalan, boleh like page rasmi IDRBSM, IDRBSM OFFICAL PAGE.

Tiada ulasan:

PEMINAT BOLASEPAK?