SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI IDRBSM...

WAHAI SAUDARAKU..KITA PUNYA DARAH YANG SAMA...JUA NEGARA YANG SAMA..MINAT JUGA SAMA..JADI DIMANAKAH KITA SATUKAN SEMUA ITU?
"PENAT LELAH USAH DIHIRAU..BANGUN LANTAS RATAH LAWANMU..PERSIS SANG HARIMAU MENGAUM GARANG!! AYUH JERITKAN AMUKAN HARIMAU..DEMI NEGARA, TANAH TUMPAH DARAHKU. DEMI GEMPITA PENYOKONG TEGARMU...BERPAKSIKAN SEMANGAT MELAWAN SANG HARIMAU MALAYA!!.."

Jumaat, 1 Julai 2011

Rasuah Bola Sepak: Mengapa Harus Kembali?

IDRBSM Menulis:

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

        RASUAH? apakah ia?  berbahayakah ia? dan betapa durjananya rasuah ini dalam kehidupan kita? malah bisa menggangu - gugat sukan nombor satu kita iaitu bolasepak! satu gejala ketamakan dan kerakusan pada satu entiti digelarkan "wang" ini sudah pernah menjadi memori luka buat bolasepak harimau malaya..Tidak puaskah ia? ya! ianya tidak akan puas selagi wujud orang - orang yang mementingkan duit dari maruahnya.....Salah siapakah? saling tuding menuding jari tidak menyelesaikan masalah..dan sekarang ianya sudah bermula..masih baru,  masih hijau..dan apakah tindakan kita??


        Pagi ini mendung dan hujan di Shah Alam, ia juga semendung di Negeri Sembilan apabila kem bolasepak Skuad Hobin Jang Hobin makin galak diperkatakan setelah terlibat dalam skandal rasuah negara. Inilah skandal rasuah terbaru bolasepak kita, setelah Sarawak mengukir nama dalam fail SPRM pada tahun 2008 yang melibatkan 7 pemain mereka. FAS telah bertindak mengantung pemain terlibat dari terus membusuk. Hari ini apa yang admin terkilan ialah ia datang dari skuad Piala Presiden, yang merupakan pelapis negara kita satu masa nanti. Andainya kita kehilangan permata yang bernilai apakah kita mampu lagi mengantikan dengan yang lain pada masa yang sama? Sudah tentu tidak..! Kita pernah lalui zaman ini, zaman gelap bolasepak Malaysia sehinggakan kita masih lagi tercari - cari hingga kini lagenda-lagenda yang mewarisi bakat Mokhtar Dahari, Zainal Abidin dan Dollah Salleh.

         Hari ini Harimau Malaya kembali semula, ia sudah pandai menunjukkan taringnya, sudah mula mengaum. Ngaumannya terdengar seluruh Asia Tenggara. Sememangnya ia mengetarkan hati setiap penghuni lembah ini. Ia baka yang masih muda. Masih banyak lagi pendedahan yang mereka perlukan untuk kekal tampil dan menyertai para negara yang terbilang. Janganlah kita hapuskan kebangkitan itu, peminat tanahair telah menunggu sekian lama untuk mengeluarkan air mata kegembiraan dan perlukah kita gantikan dengan tangisan kedukaan? Mereka ini bukan sahaja hidup saat mengecapi kemenangan, tetapi juga pada saat pasukan negara berdepan dengan kekecewaan. Bermula memenangi pingat Emas di Laos 2009. Sang Belang tidak tunggu lama untuk menakluk Piala Idaman Negara Asia Tenggara. Piala AFF 2010 milik kita! Ia milik negara! Hak semua rakyat Malaysia..!!

          Kini, harapan pastinya akan tinggal harapan jika para "penjaja" rasuah ini berterusan menjadi darah daging, ia membarah dan membusuk dalam industri bola sepak kita. Para brookie perlu dihapuskan, hukum mereka seberat-beratnya. Jangan hanya pemain yang jadi mangsa tapi Sang Jerung terlepas begitu sahaja. Gejala ini tidak akan terhenti andai tiada penguatkuasaan yang keras dari pihak FAM dan PDRM. Sama - sama kita katakan TIDAK buat RASUAH..!

p/s Artikel ini telah ditulis oleh saudara oktavov hadji dan dire -publishkan untuk blog IDRBSM.

KENALI EDITOR :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog StOry PondOk KeciL. Anda boleh mengikuti beliau di Twitter atau di Facebook. Jika anda mempunyai soalan, boleh like page rasmi IDRBSM, IDRBSM OFFICAL PAGE.

Tiada ulasan:

PEMINAT BOLASEPAK?