SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI IDRBSM...

WAHAI SAUDARAKU..KITA PUNYA DARAH YANG SAMA...JUA NEGARA YANG SAMA..MINAT JUGA SAMA..JADI DIMANAKAH KITA SATUKAN SEMUA ITU?
"PENAT LELAH USAH DIHIRAU..BANGUN LANTAS RATAH LAWANMU..PERSIS SANG HARIMAU MENGAUM GARANG!! AYUH JERITKAN AMUKAN HARIMAU..DEMI NEGARA, TANAH TUMPAH DARAHKU. DEMI GEMPITA PENYOKONG TEGARMU...BERPAKSIKAN SEMANGAT MELAWAN SANG HARIMAU MALAYA!!.."

Rabu, 27 Julai 2011

pertembungan antara hidup dan mati

IDRBSM kembali lagi..

        Kali ini aku akan menulis perlawanan jiran setempat/pertemuan klasik antara Harimau Malaya(Malaysia) dan Singa(Singapura)..seperti yang kita tahu pada perlawanan pertama kita telah menyaksikan perlawanan yang penuh dramatik di antara kedua-dua pasukan. Perlawanan tersebut berkesudahan 5-3 dan telah dimenangi oleh pasukan singapura..Kita perlu akui kerapuhan dan kegoyahan pemain dari pertahanan Malaysia sendiri telah menyebabkan kita bolos 5 gol di tempat lawan..tapi sedikit melegakan bahawa kita dapat membawa pulang 3 gol..walaupun pada separuh pertama pasukan kita telah dibolosi sebanyak 4 gol namun pada masa kedua pasukan kita mula menunjukkan taringnya dan kukunya..dalam xsampai tempoh 5 minit kita dapat menjaringkan dua gol menerusi safee sali dan hadi..namun sekali lagi kealpaan benteng pertahanan kita menghukum skuad negara kita..pada minit ke 80 pemain asli singapura telah menjarakkan kedudukan pada 5-3.
      Akibat dari kekalahan tersebut..pelbagai reaksi yang diperoleh,,ada yang mencemuh,memaki,menghina seolah2 kita sudah tersingkir..perlu diingatkan bahawa kita ada pertembungan kedua iatu di SNBJ pada 28hb nanti..masih ada 90 minit yang bakal mereka tempuhi..Pasukan singapura perlu melalui neraka di SNBJ terlebih dahulu sebelum mereka boleh gembira dengan kemenangan pada pusingan pertama dahulu..Aku pasti penyokong Malaysia dan pasukan Harimau Malaya akan memberikan pengalaman ngeri kepada pasukan singapura..suasana stadium dan padang di SNBJ akan memberikan mereka kelainan yang mereka tidak rasai di singapura..kepada peminat..perjuangan belum tamat..defisit dua gol bukanlah mustahil untuk diatasi..jika kita mendapat gol awal pasti pasukan akan tertekan dan ini memberikan kelebihan kepada pasukan negara..selain i2 juga dengan kehadiran pemain ke 12 skuad Harimau Malaya aku yakin dan pasti pasukan singapura akan goyang.

        Cuma apa yang aku rungsingkan adalah kerapuhan benteng pertahanan negara kita pada waktu ini, Tapi buat pengetahuan semua dalam sains sukan ada mengatakan bahawa setiap individu atau atlet mempunyai pasang surutnya. Mungkin pada waktu AFF Suzuki Cup 2010 dulu pemain pertahanan negara seperti muslim,fadhli dan mahali telah mencapai peak performance atau kemuncak dalam permainannya. Dan tiba masanya pula mereka merasai jatuh prestasi..tanyalah john terry,ferdinand pasti ada pasang surutnya dalam permainan mereka..cuma masa yang tidak kena pada waktu ini..Tugas kita adalah menyokong kerana dengan semangat sokongan yang diberikan sedikit sebanyak akan meniupkan api semangat ke dalam setiap pemain kita ini.Xpercya?..masih ingt skuad olimpik kita menentang Skuad olimpik Lubnan..siapa yang menjadi pertahanan pada masa i2?..bermain pula dengan sepuluh pemain..tetapi dengan sokongan kita semua mereka menjadi semangat.tapi apa yang berlakunya adalah sebaliknya..ramai yang aku tengok menyuruh pemain2 ini disingkirkan..

       Padahal mereka ini lah yang membantu Malaysia membawa Piala AFF SUZUKI CUP pada tahun lepas!!! yang ramai beranggapan Malaysia tidak mampu pergi jauh kerana masalah kecederaan yang menimpa aidil dan norhafiz zamani misbah..aku rasa situasi yang sama jika kedua2 pemain ini diturunkan pada perlawanan di singapura dulu..pasti ada yang suruh singkirkan dan masukkan pula fadhli dan muslim..apa yang perlu kita ubah skang ada mentaliti kita..itu yang perlu kita ubah..sokonglah walau siapa pun yang bermain..xkira negeri dan daerah mana kerana mereka bermain untuk negara dan kita menyokong demi negara..~sokongan zaman berzaman~

KENALI EDITOR :
Mr. Fadhley juga adalah penulis khas IDRBSM blog. Anda boleh mengikuti beliau di Twitter atau di Facebook. Jika anda mempunyai soalan, boleh like page rasmi IDRBSM, IDRBSM OFFICAL PAGE.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

abg fadh:izin share :)

Tanpa Nama berkata...

Good Artikel. Keep it up...!

Mr.TN_SkY berkata...

@::koizora_ emy::

dye ckp dye ksi :p

Mr.TN_SkY berkata...

@Tanpa Nama

InsyaALLAH..:-)

PEMINAT BOLASEPAK?