SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI IDRBSM...

WAHAI SAUDARAKU..KITA PUNYA DARAH YANG SAMA...JUA NEGARA YANG SAMA..MINAT JUGA SAMA..JADI DIMANAKAH KITA SATUKAN SEMUA ITU?
"PENAT LELAH USAH DIHIRAU..BANGUN LANTAS RATAH LAWANMU..PERSIS SANG HARIMAU MENGAUM GARANG!! AYUH JERITKAN AMUKAN HARIMAU..DEMI NEGARA, TANAH TUMPAH DARAHKU. DEMI GEMPITA PENYOKONG TEGARMU...BERPAKSIKAN SEMANGAT MELAWAN SANG HARIMAU MALAYA!!.."

Jumaat, 15 Julai 2011

Drama Bola Sepak Malaysia : Semangat Yang Hilang

IDRBSM menulis..

         Salam semua..bertemu kita lagi dalam ruangan celoteh IDRBSM ni..Aku rasa korang semua tahu isu apa aku nak ulas pada minggu ni..ahaha..sebelum tu..artikel ni ditulis bukan untuk memprovoke atau mengapi -apikan sesiapa..ini hanya sebagai nasihat untuk kita semua. Sebelum tu, aku mengaku..dulunya. aku adalah  KIPASSUSAHMATI Manchester United..ye MUFC!..aku sanggup bergaduh kalau pasal MUFC ni. Ikhlas aku cakap..aku dulu adalah segelintir manusia yang kononnya beribu negarakan london yang duduk di Manchester BerIC biru ni..tapi akhirnya aku tersedar dari lamunan aku sendiri..aku orang Malaysia..tinggal di negeri pahlawan MAT KILAU..kenapa perlu aku fanatik sangat sampai mengalahkan orang manchester itu sendiri. Panjang ceritanya kalau nak cerita pasal keinsafan aku ni..tak perlu lah aku cerita..cukuplah sekadar mengatakan bahawa aku sudah sedar dengan kesilapan lalu..aku membawa nama MALAYSIA dimana - mana sahaja aku pergi, tapi tindakan aku dulunya, seakan - akan membelakangkan negara aku sendiri.


       Baiklah kita kembali kepada topik hangat kita..seperti yang kita tahu, masih panas lagi cerita ceriti  harimau malaya menentang pasukan dari EPL iatu arsenal..tapi tak pelikkah anda bahawa perlawanan semalam berlangsung di mana? Di Emirates kah atau di Stadium Nasional Bukit Jalil?..sekilas pandang perlawanan pertunjukkan tersebut berlangsung di Emirates..namun setelah mengelip2kan mata berjuta2 kali barulah sedar bahawa perlawanan tersebut berlangsung di Malaysia iatu di SNBJ..YA!! di stadium SNBJ..tidak cukup dengan itu ramai plak yang boo dan bersorak apabila pasukan harimau malaya telah ditekan oleh pasukan kesayangan mereka iatu arsenal..langsung tidak memikirkan moral pemain kita sendiri? Aku pasti korang semua yakin bahawa penonton memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan sesebuah pasukan..pastu ramai melenting kata pasukan kita bermain macam nak tak nak dan tak bermaya je..dah la penyokong berpaling tadah kena boo pula..jika mereka down kerana itu, maka kita juga adalah satu punca kekalahan semalam!..oklah..mesti ada yang kata mereka kena profesional..tapi kena ingt mereka pun manusia ada perasaan dan hati macam kita..sedikit sebanyak akan terganggu juga.

        Perlawanan seterusnya Harimau Malaya akan menentang liverpool pulak..dan aku yakin kita akan bermain di gelanggang anfield SNBJ. Tidak perlu bersusah payah menunggu hari perlawanan kerana rakan aku sendiri pergi ke anfield SNBJ semasa sesi latihan dan melihat sendiri gelagat mereka seolah - olah mereka adalah orang england..ak pasti ramai yang melenting dan panas hati baca artikel ni..macam bajet bagus je kan..tapi inilah realitinya mentaliliti penyokong Malaysia..Bila kalah mulalah goyang..tak yakin dengan skuad harimau malaya bertemu singapura nanti..padahal mereka tak sedar yang bertemu pasukan harimau malaya itu adalah pasukan handalan dunia..dibarisi pemain terbaik dari pelusuk dunia, malah jika bertemu ENGLAND sekali pun, sakit dan senak juga ENGLAND hendak menentang the BIG THREE EPL tu dan aku yakin senario yang sama akan berlaku apabila pasukan Malaysia yang dibimbing OKS pada perlawanan pertunjukan ke 3 nanti akan berulang dan terus berulang..


        Satu lagi perkara yang kita tak sedar jumlah kedatangan penonton di Stadium menonton perlawanan pertunjukkan ni melebihi daripada jumlah penonton yang hadir semasa Malaysia berada dalam perlawanan yang amat penting tidak kira samada pasukan olimpik atau pasukan kebangsaan..Itu hakikat pahit yang terpaksa ditelan. Kita minat pada pemain luar? itu tidak salah, mereka layak dipuja kerana keupayaan bertaraf dunia yang diorang ada tapi yang salah adalah cara! Sudah terang benderang, pemain itu lawannya adalah orang yang satu lembayungnya dengan kita...kenapa perlu sampai memalukan imej pasukan negara. Mahu menunjukkan sikap penyokong setia terhadap kelab luar? boleh saja jika, mereka menentang lawan yang lain, tetapi apabila menentang NEGARA sendiri..berbanggalah dengan Harimau Malaya!..walaupun hanya sekuat pasukan kampung sekalipun, itu negara kita, membawa nama negara, membawa maruah negara...Mereka bermandi peluh, kita? mencaci dan memaki hamun tanpa sokongan, bila ditanya, mereka itu tidak layak bermain bola~..oi..yang tidak tahu bermain, adalah KAMU..yang tidak patriotik adalah KAMU..kamu juga yang umpama meludah kelangit lalu jatuh ke muka sendiri! 

         Percayalah kawan - kawan, kalau korang bertnya sendiri kepada ROBIN VAN PERSIE, apabila bermain untuk negaranya apabila menentang pasukan apapun, beliau juga mahukan sokongan padu dari peminat NEGARANYA, apabila ditanya pada TORRES, jawapannya juga pasti sama! pemain bertaraf dunia juga menagih sokongan peminat, apatah lagi pemain2 muda HARIMAU MALAYA kita?? Rakyat kita masih kurang sifat patriotiknya dan berbangga dengan pasukan dari luar lebih dari pasukan sendiri. Aku tau ramai yang panas punggung tapi aku juga berharap akan ada terdetik untuk memikirkan kembali apa yang aku tulis ni dan sekurang-kurangnya sedar akan kesilapan yang mereka lakukan.. Aku mintak maaf kepada yang terasa dengan artikel..niat aku hanya satu..bersatulah wahai penyokong Malaysia..tunjukkan kepada kepada kelab luar bahawa tiada penyokong mereka apabila pasukan epl tersebut bertemu pasukan harimau malaya..yang ada hanya satu..penyokong Malaysia..~sokongan zaman berzaman~..

-Dari meja M.Wan-

KENALI EDITOR :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog STORY PONDOK KECIL dan MEGAH NAFIQ SHOP. Anda boleh mengikuti beliau di Twitter atau di Facebook. Jika anda mempunyai soalan, boleh like page rasmi IDRBSM, IDRBSM OFFICAL PAGE.

4 ulasan:

ShahZan92 berkata...

salam...ak rasa rakyat malaysia x snggup nk boo pmain sndri...yg duk boo tu pnyokong luaq(indonesia,singapore)....

pelangi petang berkata...

''keterujaan'' melampau melihat kelab ksygan mreka b'aksi depan mata bt mereka jd cam tue......

Mr.TN_SkY berkata...

@ShahZan92

em...nope at all..even mmber sye sndri pun snggup mmbrukkan player kita..:-) but.jauh disudut hati..mereka ttp menaruh hrpn skuad kita mmpu buat kejutan..huhu

Mr.TN_SkY berkata...

@pelangi petang

haha..fanatik?

PEMINAT BOLASEPAK?